Buat Duit

Wednesday, June 19, 2013

Antara yang saya jumpa di sana

Teka dari mana wanita ini berasal?

Saya suka menegur jemaah yang bersolat di sebelah kiri atau kanan saya. Peluang berkenalan saudara seagama yang datang dari seluruh dunia membuatkan saya sedikit teruja.

Bila dah habis solat, mulalah saya nak menegur. Sekali pandang Mak Arab ni datang dari negara  mana pula? kata hati saya.

Where you came from? 

"Malaysia". kata dia. Saya ingat dia tanya saya datang Malaysia ke?

Ha?

Malaysia ke?

Ho , Gua Muse (Gua Musang).

Lalu kami pun ketawa bersama-sama dengan makcik sebelah tu sekali.
Mati-mati saya ingat Mak Arab.

Rupa-rupanya , makcik ni mak ayah dia orang Pakistan yang datang menetap di Kelantan sehingga sekarang.




Orang Malaysia + Pakistan

Yang ini pula datang dari India .
Bawa anak-anak sekali.

Anak-anak dari Pakistan meneman ibu bersolat.
Sebelah kanan saya ada jemaah dari  Jakarta ,Indonesia  yang saya tak ambil gambarnya.
Datang hanya seminggu tapi bayarnya mahal . 
Agaknya orang berada dari segi penampilan  sedikit vouge.


Bersama kenalan dari Surabaya selepas sama-sama keluar dari Raudah di Masjid Nabawi.
Sempat lagi tu!

Saya juga sempat berkenalan dengan orang Malaysia yang datang sendiri dengan tidak menggunakan  travel agensi. Orang Terengganu.

Sorang lagi  Suzie , orang Kedah tapi tinggal dan bekerja di KL yang saya ajak bersolat sunat jenazah bersama-sama. 

Hari terakhir saya berkenalan dengan otang Yala, Thailand semasa solat Subuh di kaki bukit Marwah dalam Masjidil Haram.

Namun saya kurang pasti , warga Eropah atau orang putih sebab bila dah pakai ihram atau jubah dah nampak macam orang Arab pula.


Itulah keistimewaan di Tanah Haram yang menghimpunkan umat Islam dari seluruh dunia.
Berbagai warna kulit dalam satu agama.


Tuesday, June 18, 2013

Umrah 5 - Hari Terakhir di Madinah (Pasar Kurma dan ziarah selamat tinggal)

Rombongan kami akan bertolak pukul 2 petang pada hari Sabtu, 25 Mei 2013. Sebelah pagi sudah diingatkan supaya membuat ziarah selamat tinggal di Masjid Nabawi. bagi yang uzur cukuplah setakat berdoa di hadapan Makam nabi yang berkubah hijau.

Sebelum berangkat ke Madinah , sebelah pagi saya berjalan mencari kurma  bagi menambah sikit lagi buah tangan untuk dibawa balik ke Malaysia.

Mula-mula tak berhajat pun nak ke Pasar Kurma, setakat nak beli di kedai berhampiran hotel sahaja.
Tapi bila ke situ, kedai tak buka lagi, apa lagi kaki terus berjalan sehingga ternampak pasar kurma yang dah dekat sangat. 

Sebenarnya lokasi Pasar kurma adalah bertentangan  dengan hotel kami. saya kena melintas jalan untuk ke menuju ke sana.Namun dari hotel laluannya adalah selari sehingga terjumpa jambatan di tengah jalan raya di situ.



    Kurma Ambar , kurma yang bersaiz besar .
60 riyal sekilo.

Kurma Nabi, 80 riyal sekilo. 
Saya beli Ambar, buah tin dan buah kelempung (buah yang ada biji kecil-kecil di dalamnya).
Kat Malaysia , buah  ni banyak hidup ditepi sungai , buahnya  jatuh ke dalam sungai saja.

Suasana dalam kedai kurma. 
Harganya kurang banyak kalau nak banding dengan di Ladang Kurma.

Kawasan berdoa di hadapan Makam Nabi di bahagian luar.
Sedih dan hiba rasa hati. 
Bila pula peluang dijemput ke sini semula.


Selepas buat ziarah terakhir , saya ke sini untuk wakafkan Alquran.
Penjual tu yang akan hantar AlQuran yang diwakafkan ke dalam masjid.
Kalau nak cari tempat wakaf lokasinya di depan masjid Nabawi.
Berhadapan dengan jam besar.Macam dalam entry saya DI SINI.

Tujuan saya , supaya sesiapa yang berhajat nanti senang nak cari.
Sedangkan saya , sehingga dah dekat nak ke Mekah baru terjumpa tempatnya.Nasib baik sempat. Kalau tidak terkilan juga rasa hati..



Pusing belakang dari tempat wakaf tadi, tu dia.....jualan lungguk 
harga adalah sangat murah.Kedai-kedai pun ada .
Tapi memilih yang lungguk itu pun tak habis pusing sampai ke hujung jalan sana.

Baju, jubah, kopiah , macam-macam ada .

 

Masa tunggu bas untuk bertolak ke Mekah sampai baru terasa nak ambil gambar ruang menunggu hotel.
Pak gad muda tu , comellah pula.

Bahagian kiri ada tempat order minuman.
  
Dalam perjalanan nanti rombongan akan berniat  umrah di Bir Ali.
Bagi saya , dalam keuzuran terasa sedih pula. Datang perasaan kenapalah tak makan ubat bagi delay period aku ni.

Rombongan lain semua masuk masjid untuk bersolat sunat dan berniat...saya hanya menunggu di luar .

Deretan bas  membawa jemaah .

Saya menunggu di sini.
Panas tak tahu nak kata tapi berangin.Rasa berbahang muka.

Masing-masing bersiap dengan pakaian ihram.

Dari tempat saya berdiri kelihatan bukit yang tandus berbatu-batu. 


Tunjuk arah.

Dah siap . 
Menuju ke bas yang menunggu untuk ke Mekah menunaikan umrah pertama.



 Kami sampai di Mekah sebelum Asar. Tapi solat  dah dijamak asar dan zuhur dalam perjalanan.
Singgah makan sekali . Apa lagi , kami dijamu nasi Arab lagi dengan lauk ayam setengah ekor sorang satu.

Dah tunjuk tak puas hati- nasi Arab.

Ini gambar nasi Arab yang mula-mula kami makan dalam perjalan ke Madinah dulu.
Nasi Arab yang kedua ni pun lebih kurang samalah juga. Tapi di sini ada dua lauk, ayam dan daging kambing.

Dah sampai  Mekah
Bilik hotel kami berdua suami isteri .


Bolehlah buat sidai-sidai baju....hehehe.


Peti sejuk

Dari bilik hotel.

Di kejauhan nampak Menara jam - Safa Tower.
Kelihatan kelabu disebabkan debu persekitarannya .Bangunan masjid dalam pembinaan.
Bukan kawasan masjid sahaja yang diruntuhkan tetapi banyak bangunan sehingga beberapa ratus kilometer dari masjid juga sedang diruntuhkan juga.


Dari bilik hotel kami- bangunan sedang dibina.

Sisi yang sama.

Ini juga dari tingkat 3 hotel kami menginap.


Rombongan kami , memulakan umrah pertama selepas waktu Isyak .Mereka dibantu oleh seorang Mutawif dari Indonesia.
Saya hanya berehat di dalam bilik sahaja.
Pukul berapa suami balik pun tak sedar , dah lena.

Letih juga menempuh perjalanan jauh dari Madinah ke Mekah.
Allah Maha Penyayang diberinya cuti maka dapatlah berehat dulu sebelum pulun
 mencukupkan umrah sehingga 7 kali.

Esoknya baru tahu dia balik ke bilik dah hampir pukul 2 pagi.


Belum habis lagi cerita umrah. Ini baru 1/3 gambar dari jumlah semua.
Bila nak habis ni ??





Monday, June 17, 2013

Minuman di Tanah Arab

Sedap sungguh air yang dijaul di sana.  
Seperti air mangga ini pekat likat .
Macam kita blend dari buahnya yang fresh.

Air mangga kotak dan botol.


Layan kuih  juga 


Manggo + susu...............terbaik.

Pelbagai pilihan .
Dalam botol kaca tapi hanya 2 riyal saja. 






JalanJalan-jalan di Kota Madinah

Banyak lagi gambar yang nak habiskan. Maklumlah kamera digital. Masa petik tak terasa banyaknya. Kalau guna kamera yang pakai filem berapa ringgit dah berhabis ni !!

Entry ini sehari sebelum kami  bertolak ke Mekah. 
Maknanya hari ini, kena betul-betul pusing satu Madinah bagi puas hati. 

Jemaah wanita pada hari ini , dibawa ke Raudah oleh seorang Mutawaf  Indonesia.
Pukul 7 pagi dah bergerak ke  Masjid Nabawi.

Dalam pukul 8 pagi saya mengikut suami dan kumpulannya untuk ke Masjid Quba lagi sekali. 
Besar pahalanya bersolat sunat di sini . 
Berwuduk dari hotel untuk mendapat pahala seperti membuat  satu umrah.
Punya dok berjaga-jaga dalam van takut terbatal wuduk . 

Pemandangan depan Hotel kami.

Kami naik van seperti dalam gambar ,10 riyal seorang. 
Dihantar ke Masjid Quba dan pemandu menunggu sehingga selesai solat sunat.

Kemudian dia menghantar kami ke Masjid Nabawi  tapi ikut pintu depan rasanya.
Hotel kami , bahagian belakang masjid.

Kawasan ini terdapat banyak kedai dan Mall.
Deretan hotel pun banyak.

Dalam perjalanan ke Masjid Quba dari tingkap van.

Sini juga.

Masjid Quba  di kejauhan.

Dah sampai- pintu masuk untuk bersolat.


Saya  ( saya tengah uzur) menunggu di luar dan melihat persekitaran luar masjid.

Ada golongan yang menjadikan kanak-kanak penjual minyak wangi.
10 Riyal satu kotak, ada 5 botol  kecil.

Kanak-kanak ini akan menangis sambil menarik tangan orang lelaki sehingga lelaki tadi sudi membeli minyak wangi yang dijual. Ahli rombongan kami pun kena . Bergayut-gayut memegang tangan dan baju. 
Mengikut sampai ke van kami.
Sadis !

Rasa-rasanya mereka ini bukan orang Arab.
Kulit putih melepak.


Dari Masjid Quba kami di hantar ke sini , hadapan Masjid Nabawi


Ketua  Tuan Haji Alias ketua rombongan sedang memberi penerangan lawatan.

Jam besar.
Di sini banyak tempat mewakafkan AlQuran.
Senang nak cari dan murah . 20 riyal untuk sebuah AlQuran.
Di Mekah susah sikit nak jumpa .


Jam besar tadi.


Selepas ronda di dalam Mall dan beli jubah, kami pun balik ke hotel.
Disebabkan awal lagi banyak kedai belum dibuka.
Di dalam Mall ini ada kedai-kedai di dalamnya.
Ada jual pakaian dan jubah-jubah, minyak wangi, kurma ,kedai makan
dan sebagainya.
Sayangnya saya tak ambil gambar di dalam mall ini.



Sunday, June 16, 2013

Ole-ole dari Abu Dabi dan Dubai

Key chain Dubai, FM Dubai dan Pensil karton  Unta.

Baru dapat buah tangan dari sahabat saya yang juga pergi umrah tapi merangkap
 ziarah di Abu Dabi dan Dubai.

Pensil karton tu khas untuk Shauqi.

Terima kasih untuk dia.

Photo
Zarina at Marina Beach Abu Dabi.





Friday, June 14, 2013

Buah zuriat dari Ladang Kurma, Madinah.



Pertama kali mendengar nama buah zuriat. Dan.....buah ini hanya terdapat di tanah Arab sahaja. 
Keras dan sedikit lonjong. Bila digoncang terdengar bunyi biji di dalamnya.


Sesuai dengan namanya, buah ini memang untuk orang yang berhajat nak mendapatkan anak.

Cara nak makan , kena pecahkan kulit buah ini dan rebus biji di dalamnya dan minum air rebusan  itu.
Itulah lebih kurang kata orang yang berpesan nak buah ini.

Kalau nak detail lagi kena tanya orang tua-tua atau google sajalah.



*Harga di Ladang Kurma lebih mahal. Beli di Bukit Uhud 5 riyal saja.


Thursday, June 13, 2013

Umrah 4 - Jabal Uhud dan Raudah

Entry ini sambungan UMRAH 3 semalam . 

Masih dalam lawatan ziarah hari yang sama juga. Selepas dari Ladang Kurma kami ke Jabal Uhud. Kami ditemani oleh mutawif yang diimport khas dari Madinah iaitu pelajar Malaysia yang sedang belajar di Universiti Madinah . Budak negeri Sembilan.
Beliau yang menerangkan sejarah nabi dan  para sahabat serta tempat-tempat yang kami singgah di sepanjang lawatan.


Ambil kesempatan bergambar berdua.
Tak banyak pun gambar berdua  macam ni.


Pemuda berbaju hitam itu ialah kawan kepada mutawif kami. 
Dia yang merakamkan gambar kami berdua di atas.

Mutawif sedang bercerita tentang sejarah Jabal Uhud dan kisah Hamzah yang mati dalam peperangan di sini.
Dulu masa sekolah , ustazah bagi tahu hati Saiyiddina Hamzah dimakan  oleh Hindun disebabkan perasaan marah Hindun yang berkobar-kobar.

Tetapi mengikut Mutawif ini, mustahil jika hati penghuni surga akan dibawa bersama Hindun ke neraka. 
Cerita sebenarnya, Hindun tidak berjaya memakan hati Saiyiddina Hamzah lalu dimuntahnya.


Kelihatan penjual menjual barang-barang seperti tasbih, sejadah, kurma habatussauda, buah zuriat.
dan macam-macam lagilah.
Di sini semua harga adalah murah berbanding di tempat lain. 
Saya borong tasbih untuk diagihkan kepada para sahabat.

Lagi gambar di Jabal Uhud.

Dari Jabal Uhud, kami balik ke hotel sebab zuhur dah nak masuk.
Kami pun bersiap-siap nak ke masjid pula.

Perjalanan menuju Raudah.

Dalam hati memang dah berazam  nak mencuba masuk ke Raudah selepas zuhur nanti. 
Kalau ikut jadual rombongan , esoknya baru dibawa masuk oleh seorang mutawif wanita dari Indonesia.
Tak tahulah hati begitu meronta-ronta nak ke Raudah juga hari ini.

Bermakna saya akan mencuba  masuk seorang diri memandangkan waktu yang dibenarkan jemaah wanita masuk hanya selepas zuhur, Isyak dan Subuh sahaja .Berbanding jemaah lelaki terbuka sepanjang masa.

Masjid dan hotel dekat . 
Boleh jalan kaki dan boleh  nampak menara-menara masjid dari tingkap bilik kami.


Bila sahaja kaki melangkah ke jalan masuk masjid , mulut tak berhenti berdoa dan meminta supaya Allah mudahkan perjalanan ke Raudah. 

Jauh juga nak menapak  ke pintu 25 dan 29 (khas untuk wanita masuk) walaupun kaki dah melangkah dalam kawasan masjid.
Besar sungguh Masjid Nabawi ini.

Berdoa dan berdoa.
Sambil melangkah sambil air mata bercucuran keluar.
Bila di sana , permintaan kita cepat makbulnya, tapi dengan syarat  kita berserah kepadaNya seratus peratus.
Jangan ada was-was dalam hati. 
Mesti yakin sungguh-sungguh dengan pertolonganNya.

Sesudah solat zuhur berjemaah lalu saya buat solat sunat zuhur juga. 
Belum sempat rakaat kedua .....terdengar petugas masjid sebut  "RAUDAH, RAUDAH"  dan beberapa bahasa Arab yang lain .

Berdegup kencang dalam hati. 
Adakah peluangku hampir tiba?

Saya pun mempercepatkan solat dan bertanya kepada petugas itu (merka ini juga yang menjaga pintu masuk ke dalam masjid) yang memakai serba hitam.

Raudah?
"I'm from Malaysia"  kata saya . "Melayu ? "Tanya dia pula.
Mereka boleh sebut seperti Ibu, ibu ,  duduk sana, sana. 

Lalu dia menyuruh saya duduk di ruang yang dikhaskan untuk orang Melayu . Namun terdapat signboard perkataan Malaysia di situ. Mak-mak Arab disuruhnya ke ruang menunggu yang lain. Mungkin kita berbadan kecil jadi untuk mengelak kejadian yang tidak diingini jika diletakkan dalam kumpulan yang sama. 

Walaupun  hanya ada signboard Malaysia tetapi ada juga orang Indonesia bersama-sama di situ.
Menunggulah kami dalam setengah jam jugalah. 
Bagi saya yang pertama kali nak ke Raudah memang tak tahu apa-apa.

Tiba-tiba pintu kayu yang memisahkan kawasan jemaah lelaki dan wanita dibuka oleh petugas lelaki di sebelah  sana. Saya masih ternganga-nganga di situ. Tapi bila melihat semua orang memulakan larian marantonnya ke Raudah , kita pun apa lagi berlari juga .

Tapi sekerat jalan nafas dah tercungap-cungap......berjalan dengan nafas semput .
Bila sampai ke kawasan karpet hijau(kawasan Raudah) ada ruang yang muat untuk saya bersolat sunat di depan sekali. 

Apa lagi saya pun solat sunat di situ dan berdoa  bersungguh -sungguh dan menyampaikan salam sahabat-sahabat kepada Rasullullah.Lama juga saya melepaskan hajat saya. 
Mudah sungguh saya rasa  peluang yang diberi oleh Allah .
Bersyukur sungguh-sungguh.

Saya boleh bersolat dengan aman. Terasa tiada gangguan langsung kiri dan kanan. Tidak ada orang menghimpit dari belakang. Diri terasa selamat .

Di kiri kanan saya wanita-wanita Arab ni menangis sambil memegang skrin yang menghalang antara kawasan   
wanita dan lelaki.

Saya ingat skrin akan dibuka tapi tak adanya....di situlah saja kawasan untuk kaum wanita bersolat dan berdoa.

Tahulah saya , di situlah saya akan menyampaikan salam dan sumpah ikrar sebagai pengikutnya.
Dalam taklimat umrah, ustaz berpesan bila berada di Raudah mengucap dulu dan baru memberi salam kepada Baginda Rasul.

Setelah selesai solat dan  puas berdoa, hati saya pun terasa nak beredar dan memberi peluang kepada orang lain pula . Masa ini baru terasa kena himpit. Tiada jalan nak keluar. Orang berasak-asak menolak ke depan.
MasyaAllah, baru terasa takut. 
Matilah aku.

Dahlah sebatang kara  masa ni. Tak nampak langsung orang Malaysia . Apa lagi orang serombongan.
Saya sebut " Allahuakbar " 3 kali lepas tu baru nampak jalan nak keluar. 
Saya memegang bahu mak Arab yang  berbody besar menuju keluar.

Saya rasa pengalaman ke Raudah ini benar-benar  datang dari pertolongan  Allah. Betapa senang dan mudahnya saya terdorong ke situ. Allah membuka jalan dengan sebab doa dari kita dan Allah makbulkan doa itu.

Jika anda ke sana, ringan-ringankan mulut . Mintalah apa saja yang baik-baik pasti baiklah akhirnya.
Saya juga selalu berdoa janganlah terbatal wuduk sebab jika nak berwuduk jauh nak ke tandas.
Sepanjang di sana , wuduk saya tak terbatal  semasa di dalam masjid dan  semasa menunaikan umrah (tawaf dan saei).



Selepas keluar Raudah .

Berkenalan dengan warga Indonesia . 
Orang Surabaya.
Datang 3 beranak.
Belanja mereka untuk ke sini  Rp24 juta seorang  kalau tak silap.

Bersyukur sungguh saya dapat ke Raudah dan hanya sekali ini saja saya
 diberi peluang. 

Bila  nak solat Asar dah datang bendera merah pula.
Tak lama di Madinah , lepas ni nak ke mekah pula. Makanya tiada peluang saya ke Raudah lagi.

Namun suami saya , rezekinya berulang-ulang dapat bersolat di kawasan Raudah berkali-kali.

Mood sedih tapi bersyukur .
Jadilah walau sekali.