Hari ni nak masukkan gambar semasa bercuti ke Indonesia tahun lepas. Kami ke Jakarta, Bandung, Puncak dan Bogor. Kalau ke Bogor singgahlah ke kedai barangan kulitnya . Harganya yang murah pasti rambang mata nak memilih.Beg tangan , kasut tentu menjadi pilihan. Ke Pasar Baru yang tinggi bertingkat-tingkat tu , boleh tersesat dengan orang ramai beribu-ribu.
Peristiwa terpisah dengan ahli keluarga terjadi antara emak saya dan kami. Di sini , setelah membeli kain telekung kami pun bergerak ke kedai yang lain, tiba-tiba emak saya tertinggal hilang dari pandangan. Puas kami melilau mencari tapi tak nampak. Rupa-rupanya dia berdiri di tangga nak turun sambil berdoa berjumpa dengan kami semula.
No comments:
Post a Comment