Safari Indonesia
09 October 2010
Jakarta oh jakarta
Hujung tahun lalu, kami sekeluarga jalan-jalan ke negara jiran kita , ke mana lagi kalau tidak ke Jakarta.Ini trip pertama kami keluar negara tentulah rasa tak sabar menunggu masa untuk terbang.Ya lah , booking tiket berbulan-bulan.Dari Sikecik kami yang dari bertatih dah mula pandai berjalan. Kami tiba malam di sana, dalam perjalanan ke hotel tak banyak yang dapat di lihat kecuali rakyatnya tidur di tepi jalan dan peniaga yang masih membuka kedai mencari untung. Dari pengalaman ke sana, memang negara itu surga membeli belah. Pertukaran wang ringgit -rupiah memberi kelebihan kepada orang Malaysia. Beg dan barangan kulit di Bogor memang cantik dan berbaloi. Telekung di Pasar Baru ,Bandung , aduh cantik sekali.
Suasana di Puncak , dengan cuaca ala-ala Cameran Highland , nyaman sekali. Di pagi hari, airnya sejuk seperti ais dengan kabus di sekeliling hotel.Peniaga yang menjual cenderamata awal-awal lagi sudah menunggu di luar pintu. Mereka tidak segan silu mengejar pelancong untuk berjualan. Boleh dikatakan disemua lokasi peniaga-peniaga ini ada dengan barang dagangan mereka. Bahkan di sepanjang jalan kelihat penjual majalah , peta , surat khabar , minuman dan sebagainya. Mereka hanya menunggu lampu isyarat bertukar merah sahaja lalu menuju mencari pembeli. Pengemis pun sama berebut-rebut menadah tangan meminta simpati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment