22 November 2010

Donat

Salam untuk semua .
Pagi tadi bersarapan dengan donat. Senang aja. Buat adunan , dalam sejam boleh goreng dah.




Bahan-bahan.

1/2 kilo (1/2 kampit )tepung gandum
1/2 plastik mauripan
2 sudu besar susu  pekat
2 sudu besar margerin 
2 sudu besar gula kasar
2   cawan air paip (untuk satukan adunan)
gula kaster untuk salut

Cara.

1. Satukan margerin, gula , susu pekat (gaul hujung cari ) dengan tepung- sekadar rata sahaja.
2. Bancuh mauripan dengan air sejuk.
3. Tuang ke dalam adunan tepung. Uli menjadi doh.
4.Tunggu adunan naik sekali ganda.
5. Bahagi kepada beberapa bahagian kecil dan lubangkan ia. Tunggu dia kembang sedikit, kemudian goreng.
6. Salut dengan gula kaster bahagian luarnya.

Bolehlah mencuba. Resepi ni saya dapat dari jiran saya dulu , Noriah . Selalunya resepi ni menjadilah, berbanding dengan resepi saya sebelum ini. Terima kasih untuk Noriah.

No comments:

Post a Comment