Mengikut juru pandu ekspidisi Gua Tempurung, En Fadzil , Gua ini sudah wujud sejak 400 juta tahun dahulu lagi. Sezaman dengan dinasour kut. Gua ini juga menjadi markas komunis pada zamannya serta masih terdapat alatan menggali bijih timah tertinggal(memang ditinggalkan untuk tatapan pelawat) .
Tengah beratur nak masuk ke dalam Gua.
Di dalam Gua terdapat kesan-kesan tindak balas air, udara dan masa yang terhasil di dinding Gua. Ada bentuk seperti kepala gajah, obor-obor raksasa yang tergantung, lelaki cowboy, monyet yang membawa kereta, harimau, wanita mengandung, kupu-kupu dan sebagainya.
Laluan masuk ke Gua.
Kelihatan di tepi titi terdapat aliran sungai kecil. Sungai itu bersambung dari dalam gua lagi.
En. Fadzil sedang memberi maklumat tentang Gua Tempurung. Suaranya power tak payah pakai mikro phone.
Lawatan ke dalam Gua ini terdapat empat pakej. Ada pakej kering dan pakej basah. Kami memilih pakej TOW ( tag kuning) iaitu ekpspedisi pakai tangga. Terdapat 1200 anak tangga yang menghubungkan ke semua kawasan di dalam gua. Sakit juga kaki semasa mendaki . Ada tangga yang menganjur 90 darjah kedudukannya.
Terdapat di dalamnya yang mempunyai aircornd semulajadi . Sejuk dan nyaman. Ini disebabkan terdapat lubang udara yang tersembunyi membawa angin masuk ke dalam. Kelihatan kain tudung ditiup melambai-lambai.
Pemandangan dinding gua.
Pada permukaan dinding gua terdapat warna hitam menandakan aliran najis kelawar yang turun apabila dibawa air. Kelawar-kelawar yang mati akan dimakan oleh ular sawa putih yang tinggal di dalam gua ini.
Pada musim tengkujuh (bulan 12) terdapat aliran air terjun yang turun dari atas dan kapasiti air sungai pun menjadi dalam dan laju.
Setelah penat mengembara di dalam gua , badan berpeluh perut pun dah lapar . Kami pun makan tengah hari di luar kawasan gua yang lapang. Selepas itu , singgah solat zuhur di masjid berhampiran dan terus ke Lost World. Nanti gambar dan cerita Lost World yang menyusul kemudian.
No comments:
Post a Comment