07 November 2010

Sarawak II



Jika sesiapa telah membaca siri cerita Sarawak , ada gambar yang telah dipostkan terlebih dahulu. Ini adalah sebahagian lagi gambar yang tertinggal.



Kami berada di hadapan Muzium Kucing.

Muzium kucing ialah muzium yang menghimpunkan semua khazanah tentang kucing.Pakaian , gambar kucing, buku cerita , sajak, puisi, gambar pemimpin bersama kucing, key chain kucing,kedai cenderamata tentang kucing, malah kubur kucing pun ada.Malah segala-galanya tentang kucing ada di sini.

Muzium Kucing terletak di atas bukit. Jadi bila berada di atasnya kita dapat melihat bandar sekitar di bawahnya. Senibina bangunan ini mempunyai struktur yang sama seperti topi salah satu masyarakat peribuminya. Sama seperti bangunan yang terdapat di pinggir Sungai Sarawak. 


Anak beranak di Tasik Biru.

Ini ada lagi gambar Sarawak yang belum di masukkan. Layan aje. Dari Tasik Biru , kami ke Pekan Bau untuk makan tengah hari. Masa ni memang lapar betul. Tapi gambar makanannya tak ambik la  sebab perut tengah lapar. Tak ingatla pulak.


Masih di Muzium Sarawak.

Di Muzium Sarawak terdapat juga bahagian hidupan air yang dipamerkan. Ada buaya, kura-kura dan ikan. Selain hidupan yang dikeringkan. Terdapat juga modul rumah-rumah suku-suku yang terdapat di negeri ini. Siap dengan tengkorak dipamerkan sekali.

                                                  Di hadapan Muzium Kucing,pinggir bukit.




                                                               Macam kat luar negeri.

Sayang sekali trade mark Sarawak saya tak ambil gambarnya. Apa lagi kalau bukan kek lapis dan terubuk masinnya. Bukan apa masa kami tiba di premis keknya kami, dihidangkan penuh meja dengan pelbagai jenis kek lapis. Berbagai warna dan corak. Boronglah kami barang sekotak dua( sekotak dalam sepuluh free satu). Buah tangan untuk sahabat handai di Semenanjung.

Satu lagi yang saya suka di Sarawak ialah ais kacangnya. Enak dan sedap sampai teringat -ingat.


No comments:

Post a Comment