22 December 2010

Apasal?

Salam Pagi.
Entah apa kena pagi ni , 2 kali entry termasuk silap. Belum apa2 dah keluar.
Sebenarnya hari ni nak cerita ttg makan.sebab byk makan badan dah naik . Kain dah ketat.Ayoo...Apa jadi cuti sebulan di rumah asyik masak , makan ,masak , makan. Gas pun tak sampai 2 bulan dah habis. Selalu kalau hari biasa dekat 4 bulan baru kena ganti baru. Kalau hari bekerja lauk beli aja di kantin sekolah. Tinggal masak nasi aja. jadi kuranglah guna dapur tu.

Pagi masak kuih lain , petang kuih lain. Anak2 ramai kat rumah macam2 oder nak makan.  Tetamu pun silih berganti musim cuti ni. Jadi banyaklah memasak dan makan-makan.

Antara yang aku dah masak beberapa hari ini. .



Pagi ni masak apam pisang dan bihun goreng menjamu tetamu yang ada di rumah . Pak Long Naim sekeluarga dari Sabah.


Tenghari semalam siakap 3 Rasa.





Resepi apam pisang koko dan apam pisang di atas ikut resepi dari blog Yatie yang rajin memasak. Terima kasih Yatie yang selalu berkongsi resepi.

Babai . Sampai ketemu lagi.
Post a Comment