24 December 2010

Kenangan di Indonesia

Salam.
Entah kenapa timbul keinginan nak buat entry tentang masjid-masjid di Indonesia. Tahun lepas kami berkesempatan bersolat di Masjid Altiqlal, Jakarta. Masjid ini , tidak menggunakan kipas angin di ruang bersolatnya. Terbuka luas tanpa ada ruang bagi jemaah wanita dan lelaki. Sekali harung aja. Kongsi  sama-sama lelaki dan wanita. Dah ada aku kisahkan dalam entry yang lepas.

Masjid Altiqlal ini adalah masjid yang terbesar di Asia tenggara. Dikatakan boleh memuatkan seramai 100000 jemaah dalam satu-satu masa.








Saiz tiang sangat besar . ukuran pemeluk 6,7 lelaki dewasa kut baru sampai tangan ke tangan.Semasa bersolat di sini anda akan terasa tiupan angin dari luar. Ruang solat ini terletak tinggi jadi angin keluar masuk dengan bebas.

 


Masjid kedua , yang kami singgah ialah masjid di Taman Mini Indonesia. Oleh kerana , hari yang kami sampai di situ hari Jumaat, maka ahli rombongan lelaki mengambil kesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Tin  ini. Suasana sebelum solat berlangsung sunyi sepi di Taman Mini ini. Operasi dihentikan bagi menghormati waktu solat. Seusai solat Jumaat selesai barulah terdengar bunyi muzik  dan lagu-lagu ke udara.

Masjid ini terletak di dalam Taman Mini Indonesia yang menempatkan rumah -rumah mengikut daerah di sana. Ada rumah Minang, Kalimantan, Jawa, dan sebagainya. Tapi bukan bersaiz mini ya...besar-besar.



Seterusnya , masjid ketiga yang aku singgah ialah masjid Altaawun , Puncak.
Masjid ini benar-benar memikat hatiku .Dikelilingi dengan pemandangan indah di sekitarnya serta udara yang nyaman sekali.






Aliran air sungai tepi masjid.  Semasa nak mengambil air sembahyang , airnya sgt sejuk seperti air batu.
Lihatlah pemandangannya dikelilingi dengan bulit-bukau yang menghijau.



p/s gambar ehsan Google.

Jumpa lagi.






No comments:

Post a Comment