Hari ni terima satu bungkusan nun jauh dari Sabah. Jeng,jeng,jeng yang ditunggu dah tiba . Bungkusan dari sahabat saya dari Tawau-May Soluman.
Nanti kita tengok apa isinya.TUdiaaaa....
Kuih Cincin
Biskut Beras.
Seronoknya dapat kiriman dari May. Sebenarnya saya dan May berkenalan semasa kami nak ambil jubah untuk konvokesyen Universiti kami di KL beberapa tahun dahulu. Perkenalan yg tak dirancang. Oleh kerana kami org yang paling awal sampai jadi sempatlah berkenalan ,berbual, bertukar nombor telefon,bercerita , ke tandas bersama2 (he,he, he).Tahun ini kami bertukar-tukar kuih raya pula.
Semoga persahabatan kami yang yang berlainan bangsa, agama , negeri dan merentasi lautan ini akan berkekalan hendaknya.
Amplang pun dah elek di sapu oleh anak-beranak kami tadi.
Terima kasih May.
Jumpa lagi.
salam ziarah.pernah gak makan kueh cincin ni member blog duk kat situ yang hantar..sedapp
ReplyDeletemasa zmn UUM tu ada juga housemate Sabahan rajin kongsikan amplung kiriman mak nya dari kampung.lama dh x makan..
ReplyDeleteKakinakl: Tq kak ina masuk blog saya.
ReplyDeleteLuna:Sedap pulak Amplang dr Tawau ni . Maklumlah lama tak makan.
ReplyDelete