Tak sangka sungguh masa begitu cepat berlalu. Tinggal beberapa jam sahaja tahun akan bertukar musim. Hari ke hari cepat sangat berputar. Umur pun bertambah. Anak - anak semakin membesar. Diri sendiri sudah menjengah ke alam veteran.
Semoga tahun mendatang membawa keberkatan , kebahagian dan kemakmuran dalam hidup . Di samping kesihatan yang baik dalam mengharungi kehidupan. Selalu mendoakan kejayaan anak-anak dan kebahagian suami isteri. Amin.
No comments:
Post a Comment