20 March 2011

APA -APA AJE..


Pertemuan di Penang sempena majlis sambut menantu menemukan aku dengan keluarga anak-anak mak long dari Terengganu. Sebenarnya, ada ramai sepupu  aku berada di sana dari keluarga sebelah kakak emak yang nombor dua dan bungsu.  Kini yang tinggal  hanya Cik Da  (bungsu). Mak long dan Cik Ngah dah meninggal dunia. Sebenarnya , ramai lagi sanak saudara sebelah mak di sana kerana nenek sebelah mak orang Pulau Rusa . Tiga anak perempuan nenek aku ni dilahir dan dibesarkan di Terengganu. Mak aku pula dilahir  dan dibesarkan di Perak. Ini berlaku  sebab Perang Dunia kedua dulu. Nenek membawa diri ke Perak dan menetap di Perak sehingga meninggal di sini.

Ini adalah rombongan dari Terengganu. Bergambar ramai sebelum berpisah. Ada lagi yang tak interframe. Pengantin bergambar bersama kakak dan abang-abangnya .

Selepas keluar dari sini kami menuju ke bandaraya Georgetown dan terus ke Batu Feringgi sebelum balik ke rumah . Gambar akan menyusul kemudian.

Daaa....

No comments:

Post a Comment