19 April 2011

ANGIN MEROTI DAH SAMPAI.



Petang tadi teringin pulak nak buat roti, tapi blur lagi nak buat roti apa? Macam nak buat sosej roll, tapi sosej pun out of stok. Nak keluar beli tak rajin la pulak. Kelapa parut ada banyak lagi dalam fridge buat ajalah inti.

Sebenarnya tepung roti dah beli dah dekat sebulan .Nak buat tak buat2 juga. Hari ni angin apa pulak ,jadi pulak roti. Lembut dan gebu. Satu dulang dah habis makan panas2. Bukan nak masuk bakul pulak. Betul.
Pakai uli dengan tangan je.  Buat water roux pun on the spot . Tunggu sejuk terus buat.Alhamdullillah jadi . Seronok bila buat roti jadi dengan elok mengikut piawainya. 

Resepi ni saya dapat dari Cik Ann dari Ann Bakers. Saya dah ikut kelas meroti darinya, tapi inilah first time buat lepas habis kelas.  Terima kasih banyak2 untuk Cik Ann.

Bahan:
400 gm tpg roti
3 sudu besar susu tepung
80 gm gula castor
11 gm yis kering
1 bj telur
100ml air ais
100 gm water roux
1/2 sk garam
30 gm shotening
30 gm mentega
6 gm pengemulsi
1 sk bread softener
1 sk bread improver

Caranya.
1. Campur semua bahan seperi tepung  roti, susu tepung, gula kastor, yis kering, bread softener,improver, mentega. Gaul rata semua bahan . Masukkan garam.

2.  Masukkan telur yang telah dikocok2. Tinggal sedikit untuk disapu atas roti .Uli hinggal kenyal dan tak melekat pada tangan.

3 Perap hingga doh jadi 2x naik. Tutup dgn plastik hitam.

4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian . Isi doh dgn inti. Perap lagi sehingga naik 2 x ganda. Sapu doh dengan telur.

5. Bakar dalam suhu 180 C lebih kurang 15 minit. Bila roti masak sapu pula dengan mentega supaya berkilat.

Cubalah. Sure jadi.
Post a Comment