Buat Duit

Monday, April 18, 2011

BUAT HAL PULAK.

Sentap juga semalam, nak keluar kereta tak boleh hidup. Apasal pulak ? Kereta kira baru lagi . Baru renew roadtax sekali. Tak kan rosak pulak. Otak dah fikir kut2 bateri kereta kong ke pulak. Ni lah nasib  kalau En. Suami tak ada di rumah. Kalau dekat2 bolehlah telepon ke apa. Ni ha, kena tunggu kapalterbang nak balik.

Dalam masa terdekat tu kena fikir2 sendiri apa tindakan yang mesti diambil. Hari Senin dah nak kerja. Tak ada kereta macam patah kaki pulak.Mana nak  hantar anak tuisyen, anak ke rumah pengasuh, mengaji . Tak ada kereta habislah.

Telepon mak, nasib  baik adik ipar tolong call pomen. Pomen dtg rumah sekali stat dah hidup. Rupa2 enjin sejuk. Lepas basuh kereta semalam , enjin tak panaskan. Lepas tu petangnya hujan lebat. Sejuklah dia.

Nasib baik dah ok. Kena RM 10 aja.

No comments:

Post a Comment