24 April 2011

Dua Orang Yang Berbeza

Ini citer anak bujang ku 2 beradik . Sorang TAhun 4 . Sorang lagi Tahun 5. Siabang kurang gemar makan nasi, tapi kalau jumpa roti..... dari pagi ke malam makan roti pun tak apa.  Macam semalam buat roti sosej, dok layan roti sosej sepanjang hari. Kalau dapat roti Gardenia buku  , dia makan roti dgn Milo. Setengah buku boleh habis dia makan sorang.

Si adik pulak , sangat suka makan nasi. Balik sekolah, mandi dan tukar baju  meja makanlah ditujunya.Semua yang mak dia masak semuanya sedap. Mesti bertambah nasi 2x.Si adik dah naik badan. Tambah2 lepas dah bersunat. Seluar jeans dah tak muat . Kena beli yang pakai getah keliling pinggang. Susah juga nak cari pesen ni.Hari tu dapat Kikilala. Kikilala tu je sehelai yg boleh pakai hingga kini.

Mak dah pening nak beli seluar baru. Pakai tracksuit lah nampak gayanya. Tadi pun beli Tracksuit Cheetah kat dia.
Post a Comment