17 May 2011

Buat Bawang Goreng Sendiri Lagi sedap.



Tengahari tadi buat bihun sup. Barang-barang dan rencahnya yang lain dah dibeli. Daun sup , kiub ayam, punjut sup semua lengkap. Tang bawang goreng pula tak beli. Akhirnya , kena buat sendiri.

Stok bawang banyak kat rumah jadi tak ada masalah goreng sendiri.

Mula-mula kupas bawang dan basuh. Kemudian potong guna alat yang ada pisau di tengah tu supaya cantik dan sekata .



Dah siap, gaul dengan tepung beras . Tak payah letak air. Gaul bagi rata. Panaskan api , goreng.

Hasilnya lebih rangup dan sedap makan dengan semua jenis sup . Sekejap ja  dah habis sebalang tu.
Post a Comment