08 May 2011

KISAH BENAR TENTANG TATOO


 Dari google.

Kisah ini kisah benar yang terjadi beberapa tahun lepas kepada seorang pemuda. Baru bekerja dan baru pandai pegang duit. Satu ketika duit pun ada lebih sikit. Pemuda berkenaan berhajat nak buat tatoo di badan. Tak tahulah kenapa si pemuda nak melukis tatoo pulak. Kurang ilmu agama , nak tunjuk jantan , hanya dia yang tahu apa yang tersirat di dalam hatinya.

Lalu pergilah pemuda ini ke kedai tatoo.Sedang tauke tu dok bancuh warna, pemuda tu pun dah meniarap di atas tempat yang disediakan.Dia nak lukis di bahagian belakang badan. Tiba-tiba dia mendengar suara berkata padanya" Tak payahlah buat".Maksudnya tak payah lukis tatoo tu. Dia pun angkat kepala, tapi tak ada sesiapa kecuali cina kedai tu. Dia pun tanya kat Cina tu, " You ke cakap tadi?" . "Tak". Jawap cina tu.

Pemuda tadi pun terus bangun dan keluar. Tak jadi meneruskan hajat dan bayar RM 100 pada cina tatoo. tu.Harga sebenar untuk lukis tatoo pada hari tu RM 700. Mahal juga.

Mungkin Allah masih sayangkan dirinya dan diberi peluang kedua untuk bertaubat. Cuba kalau terjadi pada hari tu, macam mana nak buang tatoo yang dah sebati dengan kulit dan daging tu.

Suara itu  misteri  yang menyelamatkan dirinya dari tersesat.
Post a Comment