28 May 2011
PETUA AWET MUDA.
Zaman muda remaja dulu , rajin belai wajah sendiri. Pantang ada petua kecantikan semua dicubanya. Selalu baca dalam majalh Jelita, Wanita atau Keluarga mak saudara punya. Masa tu umur dalam 14-15 tahun.
Sapu ketul ais ke wajah untuk mengelakkan kedut pun pernah cuba. Sejuk sangat tapi sebab nak lawa buat juga.Siapa pernah cuba sila angkat tangan. Tapi kesan hingga sekarang memang kurang kedut di muka. Kalau tak percaya boleh cuba.
Petua untuk melembapkan muka dengan menggunakan buah-buahan keliling rumah pun pernah buat. Paling mudah guna buah betik. Ambil betik yang dah masak , buang kulit , ramas-ramas buah yang ranum tu dan sapu ke muka . Biar beberapa minit , baru di basuh dengan air bersih.
Kesannya , kulit muka terasa segar dan tegang. Murah pula tu. Betik free belakang rumah.
Petua guna gula pun dah pernah cuba . Sapu gula ke wajah rata-rata. Biar seketika dan basuh dengan air bersih.Petua ni tak boleh bagi tahu kat anak dara aku, kang habis satu balang dia sapu. Gula naik harga. Dasar mak kedukut.
* Baru sapu muka dengan betik . Rasa segar bugar wajahku.
Gambar dari Google.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment