Buat Duit

Sunday, May 29, 2011

TAK TAHU PULA?

Semalam di sekolah kami ada program motivasi oleh En Abd Aziz b Jamaludin dari JPN , Ipoh. Majlis penutup bagi Program Matematik dan Sains bagi pelajar Tahun 6 dan 5 yang merangkumi 4 buah sekolah.

Sedap syarahannya , tak mengantuk dan penuh dengan informasi. Dalam gelak ketawa tapi terselit berbagai kata-kata hikmah untuk pelajar dan ibu bapa.

Satu info yang sangat menarik dari beliau ialah satu CD boleh memuatkan aksara sama banyak dengan menggunakan 390 000 helai kertas A4 .

Bersamaan dengan 723 bungkus kertas A4  dengan kapasiti setiap lori seberat 2 tan untuk  memuatkan kertas-kertas tersebut.

Betapa dunia ICT dapat membantu memudahkan kehidupan pada hari ini.

No comments:

Post a Comment