15 May 2011
TARIKH KERAMAT 16 MEI-SELAMAT HARI GURU
Esok 16 Mei, tarikh penting bagi warga guru.Esok sambutan Hari Guru satu Malaysia. Tanpa guru siapalah kita. Dengan penuh sabar mendidik dan mengajar anak bangsa.Mencurah ilmu walau di mana kita berada. Hakikatnya mendidik murid-murid zaman sekarang lebih banyak dugaan berbanding zaman dahulu.
Murid semakin hilang rasa hormat pada guru hari ini. Berani melawan guru.Bergaduh dengan guru pun ada. Walau tak semua begitu tetapi memang wujud pada hari ini. Sekarang murid-murid berani minum air(contoh kecil) dalam kelas tanpa minta izin dari guru. Kalau zaman aku dulu jangankan nak minum , nak minta izin tu pun takut. Kalau nak minum dan makan tunggulah waktu rehat.
Kereta cikgu digores-gores, berselisih bahu dengan guru segan nak menolong padahal dah nampak beban buku yang dibawa guru.Sekarang ni, kereta murid lebih besar dari kereta cikgu. lebih mahal, silap2 ada driver sekali.
Terima kasih guru-guruku yang telah mengajar aku dari tak mengenal huruf sampai dapat membaca, tak kenal nombor sampai boleh mengira.
AlFatihah juga untuk guru-guruku yang sudah kembali kepadaNya. Rasa teringat-ingat memori di sekolah rendah. Tempat pertama mengenal dunia. Ramai guru di sekolah rendah dulu telah meninggal dunia.
Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar guru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment