Buat Duit

Thursday, June 2, 2011

Bubur Candil Labu-Alahai Rasa Malaslah Pula...

Dah dua hari tak postkan entry baru. Balik dari buat pastport anak-anak hari tu sakit kepala memanjang. Sampai dua hari tak lega-lega. Kena hujan kut masa nak turun kereta masa balik  tu.

Anak pun naik heran bila tak berblog. Bukan tak layan terus blog ni , buka tengok juga pageview. Nak berlama-lama saja tak sempat. Asyik berebut dengan anak( 2 orang yang baru balik bercuti dari asrama). Kepala pun berat lagi , ambillah lappy mak punya ni ha.

Hari ni nak masukkan gambar Bubur Candil. Bubur ni ada orang tak tahu.


Bubur Candil ni popular sebelah pantai timur. Makanan orang Kelantan dan Trengganu. Tukang masak bubur Candil ni pun kawan-kawan dari negeri Kelantan dan Terengganu. Kami masak masa Program Matematik Sains dulu.

Dibuat daripada tepung beras .Digentel-gentel bujur , rebus baru dimasak dengan santan pula. Teknik nak buat nya macam nak masak kuih buah melaka.tapi tak ada gula dalamnyalah. Sedap makan sejuk. Bubur Candil ni dicampur dengan labu. Jadilah Candil Labu.

6 comments:

  1. cakap pasal labu, cam terliur je nak makan labu. cik ina memang suka simpan labu. suka wat lauk ngan pengat.

    ReplyDelete
  2. nampak sedap.. T.T lapo truihh.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Cik ina: Sedap gak makan pengat labu petang2 ni.

    ReplyDelete
  4. Frame+Lenses: Terima kasih singgah. Fisrt time datang ke?

    Jemput makan.

    ReplyDelete
  5. akakkk sy suka bubur ni sedapnyaaa tiba2 teringin nak makan tapi apakan daya...

    ReplyDelete
  6. memang lah hanis suka sebab femes kat Kelantan. Boleh gotel-gotel jadilah candil tu.

    ReplyDelete