Set permainan untuk kanak-kanak .
Kali ini kami memilih penerbangan KLM (Belanda). Di dalam penerbangan semua penumpang diberi makan. Kanak-kanak dan orang dewasa diberi menu yang berbeza. Dua-dua dapat aku rasa sebab bawa dua orang anak bersama. Set permainan di atas mengandungi pewarna, colouring book, dan satu kad permainan bernombor di beri kepada kanak-kanak sebaik sahaja kami duduk.
Benda ni , yang buat kita tak jemu. Sambil makan, sambil layan movie atau main games atau dengar muzik. Selain tu boleh tengok arah perjalanan yang kapal terbang menuju kelokasi lengkap dengan jarak jauh tempat yg dituju, masa dan suhu di luar kapal terbang. Selalu dalam Air Asia tak ada benda ni , perak dan jakun sikit jadinya.
Untuk orang dewasa, diberi mee goreng mamak, buah-buahan, pencuci mulut puding jagung berkuah kastad , satu lagi salat dan mayonis dan air pelbagai pilihan mengikut permintaan. Selepas siap makan di beri kopi atau teh panas pula. Masih panas dan berasap lagi makanan ini. Jangan risau ini khas untuk muslim food.
Terbang tinggi di awan biru. Kurang rasa gegaran dan lebih laju. Kurang 2 jam sudah sampai di Jakarta. 9 tempat duduk setiap baris (3,3,3) menjadikan jumlah penumpang bertambah ramai. Rata-rata orang Malaysia. Terutama semasa terbang pulang ke Malaysia. Kiri kanan orang kita. Ada juga rombongan dari Jitra (ramai, 10 hari di sana) dan dari Kelantan.
Ceritera Hari ke 2 akan ke udara lagi nanti. Tunggu tapi jangan jemu ye...
seronoknya kak.... tak sabar nk baca kisah seterusnya...
ReplyDeleteok, darling tunggu ya..
ReplyDeletecempaka ada dimana-mana.cik ina pun guna nama cempaka sari dalam facebook. lepas ni mesti ada cite menarik lagikan.
ReplyDeletecik ina:insyaallah . coming soon.
ReplyDeleteDr Jaz: Saya pernah singgah. Tq invite .
ReplyDeleteTentu bershopping sakan ni.
ReplyDeleteZaiton: Ada la sikit2. Kalau x shopping tu tipulah.Rambang mata ,semua rasa nak. Tapi kantung saja kecik.
ReplyDelete