26 June 2011

KEM KAMC ,YAN.






KAMC CAMP ( juga dikenali sebagai KAMPUNG ACHEH TRAINING CENTRE ) menyediakan kemudahan bersepadu bagi tujuan seminar, mesyuarat, kursus, latihan kecergasan, aktiviti outdoor, summer camp, perkhemahan, jambori, program hari keluarga, acara tahunan persatuan/ syarikat/jabatan dan sebagainya. Di atas tanah kebun di tepi sungai terletak di kaki Gunung Jerai yang menyediakan halangan-halangan semulajadi dan kawasan lapang sesuai bagi latihan rohani dan jasmani.
Hampir dengan air terjun dan akses ke jungle trek yang merentasi kawasan sungai dan bukit dari Titi Hayun ke Gunung Jerai, pastinya sesuatu yang diidamkan para pencinta alam. Hanya beberapa minit berjalan kaki ke kawasan peranginan Titi Hayun, Batu Hampar mahupun Seri Perigi di mana pelbagai aktiviti rimba dan sungai dapat dijalankan.
Berhari minggu , kami di sini. Aktiviti menjayakan Hari Keluarga bagi staff tempat aku bekerja. Dah jadi rutin setiap tahun kami akan memilih satu lokasi untuk berkumpul bagi mengeratkan silatulrahim . 
Banyak aktiviti telah dijalankan bersama gambar -gambar yang terakam . Nantilah akan dimasukkan kemudian. 
Bye. Jumpa lagi. 

2 comments:

  1. jauh nak gi ke gunung jerai tu..memang seronok kan dapat bersolat kat masjid di puncak tu..lain dari yang lain.

    novel norhayati ibrahim memang best..akak tak khatam lagi membacanya

    ReplyDelete
  2. salam kak...

    masih dlm mode "menunggu" ni...hihii

    ReplyDelete