16 June 2011

MENUJU PUNCAK BUKAN AF YE!

Tak boleh tahan, Kak Ina KL (Tertunai Hasrat di  Hati ) dah tanya pengalaman di Puncak , singgah tak Masjid yang di kelilingi dengan air gunung. Sebenarnya entry ni baru nak cerita.

Banyak episod cerita ceriti semasa bercuti di Indonesia tempohari.Hari ni, episod di Puncak setelah bershopping sakan di Pasar Baru, Bandung. Dari PB , perjalanan terus ke Puncak untuk bermalam di sana. Merasai suasana sejuk secara semulajadi tanpa penghawa dingin dan kipas angin. Mandi dengan air sesejuk air ais.

Makcik sebelah tu antara wargamas yang tutut  serta.

Sesampai di sana kami terus dihidangkan dengan makan malam menu masakan Sunda. Ayam goreng, sayur campur, ikan goreng (isi ikan dipotong-potong disalut tepung-ikan yang besar dalam gambar tu), sayur kangkung goreng (dalam pan di tengah-tengah), dan sambal sunda.



 Jun 2011

Jurujual berkampung di depan restoren Surya Indah. Tahun lepas jual rantai manik mengejar pelanggan sampai pintu bilik hotel. Tahun ni kena tunggu barangan, tak boleh kejar-kejar lagi. Berkenan tengok replika gitar. Berwarna-warni berbagai bentuk. Rp90,000 sebelum tawar menawar lagi .


Disember 2010-orang yang sama dengan gambar di atas.

Tahun ni dah banyak barangnya. Ada pembaharuan. Mungkin ada modal lebih, banyak barang dah bertambah.

Selepas makan  malam , ambil beg pakaian hantar ke bilik terus ke Spa untuk merawat badan. Dekat , pergi jalan kaki saja. Kami pergi berempat dengan biras sekali. Waktu tu dah dekat pukul 10 malam.Sudahnya ada yang balik ke bilik pukul 2 pagi Malaysia. Sebab satu sesi lulur  memakan masa satu jam lebih.Lepas tu sauna pula. Sungguh puas hati masa pekerja itu melulur . Habis keluar daki berkoyan-koyan. Harga tak samapai RM100. Berbaloi-baloi. Gambar tak sempat ambil sebab pergi tergesa-gesa. Bawa duit dua keping (Rp100000) saja.


Di waktu pagidi Surya Indah, sempa tmeninjau sekeliling. Rupa-rupanya  luas juga kawasannya. Terdapat berbagai jenis bilik. Sementara tunggu sarapan pagi dan lagi membeli belah.


Pintu Utama Surya Indah.


Sibuk dok tengok cincin.




Ramai -ramai menuju ke tempat makan pagi.

Isi perut  dulu .



Ta ta.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Yong Nieda, waaahh cuti sakan nampak! Akak ingat tahun 80an dan 90an, org Malaysia berderu2 melancong ke Medan dan Danau Toba. Tahun 2000an ni ke Bandung dan Puncak pula. Nanti ke mana pulak deme nak ukur! Err...pasal pompuan Cina yg nak orat Mr T tu sorang dah balas panjang lebor. Kalau dia nak kelentong teman, teman pun pandai kelentong dia...he he !

    ReplyDelete
  2. ha ah betul la kak org sama, nampaknya bisnes dh makin bagus... suka gambar last tu, romantikanya hasben akak...sweeeettt

    ReplyDelete