04 June 2011

PERCUTIAN AKAN BERMULA -JAKARTA, BANDUNG BOGOR DAN PUNCAK.


Pagi esok, bermula percutian kami ke negara jiran. Trip ini dalam satu bas dari Malaysia . 41 orang. Tak sangka juga selalu pergi tak seramai kali ini. Seronoknya yang joint trip ini adalah kawan-kawan rapat semasa zaman sekolah dulu. Persahabatan kami kekal hingga ke hari ini. Selain itu ada juga abang ipar dan isteri.

Perlancongan kali ini bukan semata-mata bershopping sahaja tetapi juga meneroka keindahan di negara jiran tersebut. Bukan negara kita tak indah ya. Tetapi tak salah kalau kita panjangkan langkah sedikit melihat negara orang pula. semoga jauh perjalanan luas pengalaman.

Semakin dekat masa hendak bertolak semakin sedih pula rasa di hati. Pemergian kali ini terpaksa tinggalkan si kecik Shauqi. Pengalaman tahun lepas bawa dia bersama menyebabkan kami terpaksa meninggalkan dia kali ini. .Cik Abang sebagai ketua rombongan ada tangungjawab lain . 

Dalam dok sibuk-sibuk petang tadi  sempat juga buat kek alunan kasih . Tapi tak cantik macam orang lain buat. Lapisan koko jadi kembang. Kenapa ye? Adakah kena lapisannya perlu buat selapis -selapis macam kuh lapis tu? Tapi konfem rasanya sedap dan lembut.

Mungkin ini entry terakhir sebelum terbang .Semestinya blog ini juga bercuti sehingga tuannya pulang ke Tanah air lima hari lagi. Tunggu cerita di sana ya.

Gambarnya malu nak interfrem , kek tak jadi. 

Bye,bye.


Post a Comment