Buat Duit

Thursday, July 21, 2011

Clorox




Malam tadi terlebih rajin pula ,terasa hati nak cuci bilik air. Ada orang kata kalau nak kerja senang , letak clorox . Lepas tu pagi esok boleh berus . Bila semalaman macam ni kerja tak teruk dah.

Mata tak mengantuk lagi , so bangunlah ambil bahan pencuci tu jirus satu bilik air. Bila nak tidur , terasa sesak nafas. Bilik air tu sekali dalam bilik tidur jadi udara keluar masuk sampai kat hidung den .

Tak boleh jadi ni . Kena bangun dan terus cuci dan berus. Padahal ada je bathroom cleaner .Pakai yang ni pun ok. Daki habis keluar. Masuk dan terus berus, sambil pintu bilik air separuh terbuka. Aik, mata pula pedih. Dada semakin tersumbat.Buka semua paip air laju-laju .Tingkap kecil kat atas tu pun buka luas-luas.
Baru lega sikti rasa sesak dada.

Bahaya. Lain kali tak boleh buat lagi.  Nasib baik Shauqi yang tengah tidur  tak apa-apa.

No comments:

Post a Comment