16 July 2011

MALAM INI MALAM NISFU SAABAN.

Rasa baru saja , Nisfu Saaban ni diraikan. Diraikan maksudnya kita membaca surah Yaasin di malamnya, dan berpuasa di siang hari esoknya.

Sampai tak ingat malam ini malam Nisfu. Nasib baik masa singgah di FB tadi ada yg mengingatkan. Alhamdullillah tak terlepas.

Malam ini lah segala amalan kita diangkat dan esoknya akan bermula buku baru. Harapnya, ia berakhir dengan yang baik-baik dan bermula dengan baik-baik juga. Itulah harapan kita semua.


APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN?
1.Memperbanyakkan puasa sunat:
i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda
bermaksud:
“ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan
tigahari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala
tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu
maka matinya seperti orang mati syahid.”
ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Diaakan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub danNabi Daud.
iiiJika berpuasa sebulanpada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya
Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada
huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga
baginya.
iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam
Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)
v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud:
“ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa
yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban

No comments:

Post a Comment