Buat Duit

Thursday, August 11, 2011

AIR KATIRA

Hari tu dah keluar citer pasal air Chinta. Sekarang nak riview pasal air Katira pulak. Air ni agak popular di Pasar Ramadan kali ini. Ramai yang menyebut-menyebut namanya. Sedap rasa dengan berbagai bahan yang dicampur bersama. Antaranya bahan utama buah  kembang semangkuk(bila kembang penuh semangkuk), katira, dan biji selasih.
Resepi Air Katira

Bahan-bahan:
410 gm susu cair
500 ml ais krim soda
Sagu 3 warna
cendol
cincau - potong
kacang tanah goreng - buang kulit
sedikit asam boi
hirisan kurma
air secukupnya

Bahan sirap hijau:
Gula (ikut suka manisnya)
sedikit pewarna hijau
daun pandan

Cara membuat:
Untuk sirap hijau: Jerang air dan gula pasir, masukkan warna hijau dan daun pandan.
Bancuhkan sirap hijau dan susu cair.
Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan ais krim soda.
 


1 comment:

  1. sedapnya! bahan takde kat sini. tak dapat nak membuatnya. huhu..

    ReplyDelete