Percaya atau tidak imej tukang kasut tua yang di google ini memang wujud berhampiran dengan pekan kediaman saya. Mula-mula tengok tak percaya, tapi memang dia.
Dia sudang bertukang sudah berkurun-kurun di kedai belakang itu. Dari zaman saya kanak-kanak lagi dia sudah berniaga. Cara dia membuat kerja , begitulah seperti imej yang dipaparkan.Kaki berlunjur dengan semak barang di bahagian belakang melatari pandangan.
Jumlah kasut tetap ada. Kalau nak cepat tunggu sahaja. Pelanggan sentiasa ada.Yang pasti apek tua ini semakin dimamah usia.
Kudratnya banyak berjasa.
Dah banyak juga kasut saya yang dihantar ke sini untuk memanjangkan hayatnya.Dipaku, digam segala.
Tiada generasi baru nak meneruskan kerja sepertinya.Cuma dia satu-satunya di sini.
Sampai bila dia mampu bertahan??
pendapatannya cecah 5k sebulan woo.. http://www.hishamnazir.net/2011/06/allah-swt-yang-menentukan-rezeki.html
ReplyDeleteKayo pakcik tu.
ReplyDelete