15 August 2011

WIPER

Petang tadi keluar juga ke pekan walaupun panas terik. Bila dah keluar tu terus singgah stesen minyak. Masa tunggu minyak penuh datanglah pekerjanya tolong lap-lapkan cermin depan.

Dia kata wiper dah rosak , nanti rosak cermin. Kalau nak tengah offer sekarang. Boleh dia tolong pasangkan.
Berapa ? Saya bertanya .
Sekarang RM 48 sepasang untuk cermin depan. Kalau tak offer harganya RM 98.

Saya  pun tak tahu harga semasa. Tak berani nak beli takut kena tipu. Nantilah ,  biar suami  saya yang datang nanti.

Betul ke harga tuh? Seumur hidup tak pernah beli benda ni. Tahu bawa kereta saja.

Post a Comment