04 September 2011

LEMANG

Kalau tak  ada lemang tak sah musim raya ni. Buat lemang walaupun susah mesti buat juga. Lemang ayah mertua  saya memang dinanti oleh anak-anak. Pakat buat ramai -ramai sehari sebelum raya.

Dulu cucu kecik-kecik lagi .Sekarang cucu ada yang dah besar dan boleh diharap , merekalah yang mengambil peranan. Meriah.


Garam dimasukkan ke dalam santan .


Step nak masuk pulut pula.


Santan yang digunakan memang pekat . Kalau tidak lemang tak lemak.


Bara api nak bakar lemang. Ada  cara yang betul untuk lemang masak cantik.
Mula-mula bakar bahagian atas dulu.

Macam mana? Condongkan sikit buluh lemang  tu .Lepas mendidih baru letak tegak semula.Petua ayah mertua.


Lebih kurang macam ni  condongnya.


Ayah sedang pusing-pusing buluh lemang biar masak sekata.


Kredit kat Afiq . Mak ngah cilok gambar dari FB dia.


Tukang jaga lemang masak. Farezz dan Fahmi.




Kalau ada lemang mesti ada rendang. Baru ummph!!


Anak cucu turun padang bakar lemang.

Seronok time berkumpul ramai-ramai. Bukan senang nak kumpul semua adik beradik. Tahun ini sorang tak balik kampung . Beraya di Sandakan.


Post a Comment