Buat Duit

Thursday, September 8, 2011

UPSR

Tahun ni tiba-tiba rasa nak jadi Pengawas UPSR. UPSR akan berlangsung pada 13-15 September . Maknanyaminggu depanlah. Yang lebih berdebarnya rasanya guru-guru dan  mak bapa budak tu. Calonnya cool saja.

Apa lagi guru TAhun 6. Takut tak sampai target  GB bising pula.

Hari ini semua pengawas UPSR yang akan bertugas sepanjang minggu peperiksaan berjalan telah hadir ke Taklimat Peperiksaan ke sekolah yang diarahkan.

Pertama kali jadi Pengawas bagi Peperiksaan UPSR . Kena pula sekolah  SJKC . Calon di sekolah ini hanya 4 orang .  3 daripadanya murid lelaki Melayu.



Bila saat- saat akhir ini semua calon hanya perlu bertenang. Jaga kesihatan supaya tidak ada yang demam atau tidak sihat di Dewan Peperiksaan nanti.Dapatkan restu dan kemaafan dari guru-guru yang mengajar murid-murid ini dari Tahun1 hingga ke Tahun 6. Tanpa mereka siapalah anda.


Bila usaha telah tepu , banyakkan berdoa semoga beroleh kejayaan.

2 comments:

  1. Assalam nieda..acik pun risau jugak..anak nak pmr
    harapan dan doa acik semoga dia sihat untuk menghadapi peperiksaan nanti.

    ReplyDelete
  2. Hallo CikGu Nieda, Belum pernah jadi pengawas ujian? Terus terang aku juga belum pernah jadi pengawas ujian, padahal aku betul-betul kepingin...Guru kelas 6 tentu berdebar-debar menanti keberhasilan anak didiknya. Cikgu Nieda mengajar di kelas berapa? kebetulan aku mengajar di kelas 6.

    Kalau berkunjung ke Isman Punggul saja ya...

    ReplyDelete