23 October 2011

BUKIT BENDERA LAGI

Tak habis lagi enrty pasal BUKIT BENDERA. Mana taknya kali akhir pergi masa dok mengandung anak sulung. Masa tu bawa kawan suami dari Melaka Cikgu Zuli ronda Penang. 

Sekarang anak sulung pun dah 17 tahun. Lamanya, tahun bila pula dapat naik Bukit Bendera.Seronok berada di atas puncaknya . Boleh melihat ke Jambatan Pulau Pinang dan seluruh  bandarayanya jika tidak berkabus.Selain itu juga , udara yang nyaman memang best berada di Puncak.



Pemandangan dari keretapi.
Bergambar dengan ular sawa ini sebgai kenangan RM10 terus dapat gambar sekeping.


Boleh ronda dengan kereta ini .RM 5 seorang. Boleh muat 6 orang untuk pusing Bukit Bendera.

Sekali sekala melawat negara sendiri pun syok juga.
Post a Comment