Esok adalah hari berkumpul anak cucu keturunan Hajah Raguan dan Che Tahir. Cucu sulungnya akan mengadakan korban di kampung kelahiran. Oleh kerana rumah moyang kami telah tiada, makanya rumah mak saya yang menjadi lokasi pertemuan.
Punyalah sibuk emak menyediakan kelengkapan. Khemah pun telah didirikan. Lauk pauk dan rencah kena disediakan. Maklumlah nak menerima tetamu jauh yang datang berkumpul.
Alhamdullillah, yang tinggal jauh semua berkumpul dan dapat berjumpa . Malah ada yang tak pernah bersua muka iaitu antara cicit dan piutnya.
assalam nieda..mesti meriah tu..pertemuan semula..dan mengenali mana yang belum pernah bersua.
ReplyDeleteK nieda, kalau faizal tahir ada balik, kirim salam ye
ReplyDeletesepupu faizal tahir adalah. Zaid dato,zahari pengarah dan produser Alamak kat Asro.
ReplyDelete