Buat Duit

Friday, November 25, 2011

Masjid Terapung Batu Feringgi

Di sebelah utara , inilah satu-satunya masjid yang dibina  di dalam laut.Salah satu lagi masjid yang  mempunyai ciri begini ialah Masjid Nur Zahirah di Kuala Terengganu. Senibina yang tersendiri menjadikan masjid ini menjadi tumpuan pelancong.





Namun bilangan bilik air dan tandas yang sedikit menjadikan jemaah yang singgah kurang selesa. Terpaksa berebut-rebut untuk masuk ke tandas.

 Saya yang dah dua kali singgah , kedua-dua dengan rombongan menghadapi masalah ini. Dalam satu masa banyak pula rombongan yang singgah selain kami. Masa itulah perit sikit.Pandai-pandailah kalau nak melepaskan hajat. 

Bagi yang nak mengambil air sembahyang tiada masalah sebab banyak pili disediakan. 

Berada di balkoninya , terasa angin laut bertiup tanpa henti.Damai melihat panorama alam dari balkoni mengadap laut.



No comments:

Post a Comment