02 December 2011

Kek Mentega segera

Bila cuti sekolah tiba , anak-anak berkumpul di rumah. Asyik berebut komputer la pulak dengan budak-budak ni. Yang remaja nak nak tengok cerita Korea. Yang kecik nak main games. Sudahnya mak boleh guna komputer dah tengah malam.

Dalam dok tunggu giliran buka blog ni, mak sempat juga buat kek mentega . Sebenarnya saya beli pek segera . Cuma tambah mentega dan telur saja. Tak sampai 10 minit dah boleh bakar. Terjumpa kek ni semasa nak beli tepung roti. Akhirnya tak dapat beli tepung roti beli tepung kek segera pula.

Sengaja buat belang-belang . 

Belang coklat. Mesti budak-budak tu suka.

Makan panas-panas. Dah habis separuh.

No comments:

Post a Comment