Buat Duit

Tuesday, January 3, 2012

First Day Sekolah dan Ke Bukit Mahkota , Nilai.

Hari ini hari pertama sekolah. Bangun dengan semangat baru nak memulakan kerja tahun ni. Maklumlah ada kasut baru ...haha. Jangan marah.

Masih guru kelas Tahun 1 KSSR bagi tahun ini. Tapi jangan terkejut murid setakat hari pertama hanya berdaftar seramai 6 orang saja. 2 murid lelaki dan 4 murid perempuan.

Tahun 1 di sekolah sekitar  sini sampai sesak kelas tapi di RTBK kurang murid pula. Faktor utama di sini ialah di Tanah Rancangan ini generasi kurang proaktif . Yang tinggal dah berusia . Kalau ada pun cucu -cucu saja yang ke sekolah. Anak-anak dah habis belajar .




Meh tengok Shauqi nak ajar masak-masak pula.  Seronoklah budak ni bila jumpa dapur mainan yang sama besar dengan saiz badannya. Main tak henggat.

Masa ini kami singgah di rumah sepupu mak  - Acik Azimah di Bukit Makkota , Nilai semasa perjalanan balik dari Melaka hari tu.Masa orang memasak di dapur Shauqi sibuk memasak di ruang tamu. Kami makan tengahari ni di sini.

Acik Azimah dan suami serta my mak.

Walau pun sepupu tetapi hubungan mereka sangat rapat. Sebab kata my mak , masa kecil-kecil dulu selalu berkumpul  ramai-ramai bila tiba musim cuti sekolah di rumah nenek mereka.   


4 comments:

  1. selamat bertugas ye cikgu
    hehe

    wah hero tu nak jadi masterchef kot

    ReplyDelete
  2. Irfa: semangat baru katakan.

    ReplyDelete
  3. selamat bertugas cikgu, anak cik ina darjah satu tahun ni : )

    wajah mak nieda masa muda mesti cutekan, sekarang ni pun cute lagi : )

    ReplyDelete
  4. selamat kembali membizikan diri kak! hehe..

    ReplyDelete