Buat Duit

Saturday, April 28, 2012

Bijak Sifir dengan Sifu Taj

Pagi tadi bersama pelajar daerah  Selama mempelajari kaedah Bijak Sifir Sifu Taj. Seramai 14 buah sekolah sekitar Selama telah menghantar wakil. Lebih kurang 130 murid telah hadir  di SK Selama.


Hari ini selain  murid-murid , guru-guru juga dapat menambahkan ilmu-cepat sifir. Kalau kita tahu formula sangat mudah mendapat jawapan dalam soalan sifir@darab ni.

Contohnya bagi sifir 11 :

13 x 11=  ?

Kita masukkan nombor  = 1__ 3. 
Untuk tempat kosong itu ialah 1+3 =4
Jawapannya ialah 13 x 11=143

33 x 11 = 363
iaitu 3 nombor pertama di masukkan sebagai digit pertama . Manakala 3 nombor kedua dijadikan digit ketiga. Bagi nombor ditengah iaitu angka 6 pula hasil dari 3+3.
Faham tak? Cuba pelan-pelan  pasti dapat.

Namun setiap sifir mempunyai kaedah atau formula yang tidak sama. Contohnya, bagi sifir 5, kaedah terbaik  ialah menggunakan kaedah  jam.

clock1.jpg
Google.

Dari belakang , kusyuk mendengar penjelasan Sifu Taj .

Serba sedikit latar belakang Sifu Taj. Taj ialah singkatan Muhamad Tajudin Mustafa. Seorang kauselor di sebuah sekolah menengah di Ipoh. Beliau mempunyai syarikat sendiri yang menguruskan Bijak sifir bersama isteri yang bertindak sebagai Pengurus Qulhaq Consultancy di Bandar Meru , Ipoh. Boleh dilawati  www.qulhaq .com. 

Pusat operasi  Bijak Sifir.

Bersama isteri Che Nurul  Khairunnisa bt Che Kadir.
Respek la, depa ni muda-muda dah ada syarikat sendiri.

Sifu dari dekat.
Ketaq pula.

Bersama dari pelajar SK RTBK. 

Tanda mata dari Sifu.

Semoga ilmu ini dapat membantu anak didik yang dikasihi semua  dalam  
pembelajaran Matematik.



3 comments:

  1. Bagusnya kalau anak2 pandai sifir ni.....matematik pun akan jd cemerlang....

    ReplyDelete
  2. Anak melayu selalunya fobia dgn maths. Bagus ada teknik yg mudah utk belajar dan minat maths nih.

    ReplyDelete
  3. oooo..mcm tu kaedah utk sifir 11...amazing lah kan...mudah rupanya...

    tengs kak berkongsi...

    ReplyDelete