.
Google je
Ustazah Yati kata, Nisfu Sya'ban ni sangat besar nilainya selepas malam Lailatul qadar.
Malam ke 15 inilah buku catatan kita diganti baru dan buku lama dinaikkan ke atas.
Dia kata , banyakkan amalan di malam itu supaya buku-buku catatan amal kita tidak sia-sia.Bacaan Yasin di malamnya dan berpuasa di siang harinya boleh kita lakukan pada hari ke 15 ini. Sesiapa berpuasa di bulan Sya'ban ini Allah akan haramkan tubuhnya dari api neraka.
Ustazah Yati kata juga , Nabi kita tidak tidur di malam Nisfu ini untuk memperbanyakkan amalan seperti bersolat tahajut , beristifar , berzikir dan membaca al Quran.
Ustazah kata juga , berdoalah banyak-banyak, sebab Allah akan makbulkan setiap doa dari hambanya pada bulan sya'ban ini.
Sekadar berkongsi dan selamat beramal.
Semoga amalan kita diterima oleh Nya.
ReplyDelete