22 October 2012

Biskut Cap ping Pong


Gambar Google

Tadi singgah kedai , beli biskut empat segi sebungkus. Terasa sedap benar bila cicah dengan teh atau kopi panas. Nak pula bila time hujan-hujan ni.

Pilihan hati mesti biskut cap ping pong. Kalau yang lain kurang sikit. Biskut ni kalau cicah teh terasa rangup, lemak dan masin bersatu . Tak sedar suku ( bukan satu ) bungkus boleh habis makan sorang.

Jangan pandang lekeh. Biskut kering ni pun kenyang tau.

Tapi yang tak bestnya masa saya beli harganya RM 3.70 tapi bila singgah kat kedai satu lagi (rajin hari ni singgah merata) harganya RM 3.16 saja.

Rugi-rugi.
Post a Comment