Seperti biasa beraya di rumah mertua. Adik beradik yang lain tak balik pun. Keluarga kami saja yang baru sampai. Semua tunggu balik cuti bulan Disember nanti.
Lepas balik solat sunat raya ,dalam pukul 9.30 pagi adik saya telepon. Suara putus-putus. Line tak berapa clear . Kalau Celcom tak ada problem . Maxis agaknya. Dengar dia kata **** dah tak ada. . Tak tahu sapa. Bunyi sedu sedan saja.
Bila dapat dengar barulah tahu , tok saudara kami dah meninggal. Kami panggil Toksu Bidi ( Tn Hj Zabidi) Dari dia kita datang kepada Dia kita kembali.
Lepas tu gopoh-gopoh siap kain baju , barang-barang segala balik ke Sungai Bayor. Masa kami sampai , jenazah dah dikafankan dan nak bawa sembahyang ke masjid dah. Nasib baik sempat lagi.
Teringat masa hayatnya, orangnya ramah dan orang kuat kampung . Hilang sorang orang lama .Giliran kita bila pula?
Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Assalam Nieda..AlFatihah
ReplyDeleteTerima kasih acik.
ReplyDeleteal fatihah..semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..
ReplyDelete