03 October 2012

Dah siap online application MRSM Tingk 4.

Lega rasa hati bila permohonan MRSM anak akak ke Tingkatan 4 dah selesai. Siap print dah borang tu semua. Semua ada 3 helai perlu diprint dan pos ke bahagian Ibu pejabat Mara .

Permohoananmula dibuka pada 1 Oktober lalu. Punya standby duk tunggu hari saja. Tapi malangnya , kena ambil PIN nombor dulu . lagi sekali malang kad pengenalan tuan punya badan dok jauh kat asrama.

Kena pergi ambil pula, padahal sehari sebelum tu dah pergi jumpa dia. Masalahnya mak dia tak tau kena guna salinan IC yang dah disahkan pula. Nombor angka giliran PMR juga diperlukan bersama.

Mak tak lena tidur. Abah kata tak pa , lama lagi nak tutup.Mak tetap tak sedap hati selagi kerja belum selesai.

Namun , dipermudahkan  ada cikgu di sekolahnya nak menolong pergi ke Pejabat Mara untuk dapatkan nombor PIN bagi pelajar-pelajar di sekolah anak akak.

Semalam anak akak telepon bagi tahu nombor PIN dan angka gilirannya. La,la tu juga buat online application.

Pelajar-pelajar yang memohon akan diuji sebelum berjaya masuk ke MRSM ini nanti. Tarikh dah diberi iaitu pada 27 Nov 2012 . Ada dua sesi iaitu pagi dan petang.

Syarat untuk memohon adalah berdasarkan keputusan percubaan PMR yang lalu iaitu dari 6A 1B.Matematik dan Sains mesti dapat A.

Minggu depan dah mula exam PMR . Semoga anak-anak dapat menjawab dengan tenang dan cemerlang.




Post a Comment