05 November 2012

Tapai pulut

Wah ! lagi beberapa hari cuti sekolah akan bermula. Rasa sekejap sungguh masa berlalu. Makin ke hujung tahun makin sibuk pula rasanya.

Hari sukan sekolah pun baru lepas minggu lalu, sekarang nak raikan Hari Anugerah pula di minggu terakhir. Markah exam pun baru nak  dapat. Namun serba pantaslah warga sekolah semua. Yang nak siapkan sijil lagilah kena teliti betul-betul ejaan nama dan nombor surat beranak serta kategorinya. Semua untuk anak murid tercinta.

Bila sebut Hari Anugerah kena juga halwa telinga dan santapan mata untuk ibu bapa yang hadir. Kena latih budak-budak buat persembahan pula . Dari murid pra hingga ke Tahun 6. Semua kena ada.

Dalam sibuk-sibuk ni, sempat juga nak menapai. Tapai pulu susu dari Kelantan. Kalau guna pulut susu ,tapai cantik putih jadinya.




Hanya guna bekas-bekas tipuware sahaja . Pakai boh . Tak sempat nak cari daun getah macam orang selalu buat.  Manalah nak cari daun getah? Hujan pula hari -hari.

Tunggu 2 hari @ 48 jam mudah-mudahan jadi.





10 comments:

  1. dulu x tau ada orang buat tapai guna pulut..sbb kat kuching yg selalu mak sy buat tapai nasi & tapai ubi..tapi bila dah study kat smenanjung & keje cni, baru tau ada kewujudan tapai pulut ni..mmg sedap!

    ReplyDelete
  2. makan dengan eskrim best ni!

    ReplyDelete
  3. tapai pulut ni boleh letak dalam cendol tak?

    sampai skang tak berapa nak reti makan tapai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zai suka sangat makan tapai tapi tak pandai nak buat.

      Delete
    2. Rai: tapai pulut sedap makan macam tu saja. yg mkn dgn cendul tu pulut biasa kut.

      Delete
  4. assalam nieda..acik suka tapai pulut..nieda pandai buat ye..aik pernah cuba sekali..menjadi jugak la..lepas tu tak pernah buat dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat tapai pastikan pulut betul2 sejuk baru letak ibu tapai.

      Delete
  5. Sedapnya tapai pulut.. rasa macam nak raya pula. Tapi tapai ni makan waktu bila pun sedapkan. Tak perlu tunggu time raya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapai ni mkn bila masa pun sedap...nak-nak hari panas.mkn sejuk2.

      Delete