09 March 2013

Keretapi @ ETS dari Ipoh ke KL


Semalam , Sabtu 9 Mac kami  KL dengan berkeretapi bertiga beranak  dari Ipoh . Kami tinggalkan kereta di stesen keretapi Ipoh .Tiba di KL  naik teksi pula ke SESERI untuk berjumpa Ain dan terus bawa dia keluar.  Tak jauh pun outing , Parkson  kat depan  sekolah tu saja. Minggu ini  budak-budak Seseri boleh outing.


Seronoknya Shauqi dapat naik keretapi. Pertama kali dalam hidup. Mak pun suka juga. Kali terakhir mak naik keretapi masa mak umur 11 tahun . Naik dari Parit Buntar ke Ipoh . Mak tok bawa pergi makan kenduri. Bestnya masa tu keretapi lalu di tengah-tengah Tasik Merah.


Masa ini awal lagi, orang tak ramai . Kami pun puas posing dulu.
Ada jejantas untuk ke sebarang. Tapi kami tak perlu naik jejantas pun keretapi sebelah sini untuk ke KL.


Atas jejantas.

 
Bangunan stesen keretapi Ipoh. Senibina dari zaman orang putih lagi.
Tandasnya bersih dan kena bayar 30 sen.

Luas dan selesa. Boleh letak bag lagi kat bawah.

Cafe @ kantin . 
Masa pergi kami berada di bahagian D . Dekatlah dengan cafe ni. 
Asyik terbau aroma kopi yang harum dari sini.



Ada juga tempat letak barang atau makanan.
Macam dalam kapalterbang pula. 
Bila nak sampai ada pekerja datang kutip sampah bawa plastik besar.
Sebiji macam dalam Air Asia.
Pramugari / pramugara yang cun dan manis memakai uniform warna kuning , warna KTM. . 

Masa masih awal , kami pekena dulu teh di cafe di stesyen ini sambil baca surat khabar. Mana taknya , sampai  di situ pukul 9 pagi , tiket pukul 11 pagi baru bertolak. 

Bersedia untuk bertolak.

Harga tiket terbahagi kepada 2 jenis . Waktu puncak macam kami naik (bertolak pukul 11 pagi) berharga RM 35 untuk dewasa. Untuk kanak-kanak RM 22. Kalau waktu biasa macam pukul 9 pagi hanya RM 25 sahaja untuk dewasa tapi kami terlepas . Masa kami sampai , keretapi baru saja bertolak 5 minit lalu.

Tapi waktunya tak punture . Misalnya  waktu kami  balik dari KL ke Ipoh hari yang sama  tiket jam 6.05 petang. Jam 6. 28 petang baru bergerak. Sampai Ipoh 8.55 malam.

Puas hati sehari ke KL jumpa anak dan dapat meluangkan masa bersama-sama.
Nanti boleh pergi lagi ke sana untuk outing dengan Ain.
Bestkan Ain?


* Berbaloi jika pergi tak ramai dengan keretapi ini. Kalau bawa satu gerabak parah juga poket.
Jika ramai lebih ekonomik dengan berkereta sendiri. Namun , driver @ abah boleh berehat sekejap semasa dalam keretapi bergerak.



5 comments:

  1. assalam Nieda..acik pun lama dah tak naik keretapi...dulu2 kalau pi kuala lipis pahang..pi penang naikm keretapi je

    ReplyDelete
  2. Saya minggu lepas naik keretapi gi Arau. Dah lama tak naik keretapi... best kan Nieda. Tapi pergi Arau tak ada yang jalan siang... tak nampaklah pemandangan... Naik dari KL malam sampai Arau pagi. Sepanjang jalan tidur je lah. Ain dalam tingkatan berapa skrg. Anak Nieda yang sulung ke?

    ReplyDelete
  3. Ain anak no 2. tingkatan 4 sekarang. baru masuk lps keputusan PMR.

    ReplyDelete
  4. salam Nieda..lahaai nekcik smlm ada kat situ sampai kol 3 ptg..nampak ramai yg baju batik purple tu...ntah ntah kita jalan sebelah mnyebelah kot..cuma tak kenal

    ReplyDelete
  5. kami ke Parkson dlm pukul 2 dah. merayau2 dlm tu dan solat di surau kat ats tu.mmg ramai budak seseri keluar smlm.
    tak ada rezeki tak dpt jumpa nekcik.

    ReplyDelete