03 May 2013

Akibat PRU 13

Minggu ini minggu bercuti semua anak-anak bersekolah  berasrama sempena PRU 13. Minggu berkumpul anak-beranak.

Semalam ke KL ambil Ain di Seri Puteri. Ain lambat ambil tiket bas. Bila nak beli dah habis. Penangan pilihanraya  semua orang nak balik kampung. Terasa macam cuti semester pula.

Memang pergi ambil dan balik .

Jalan lancar masa pergi tapi sesak sikit masa nak balik. Mungkin hujan lebat petang semalam sama . Itu pun masa sampai kat Tapah dah. Kalau lewat sikit mungkin teruk lagi sesaknya.

Masa menuju ke KL , singgah R&R Tapah , pun nampak budak-budak asrama pun singgah sama. Bas-bas sekolah SBP (Sek. Men . Sains Kubang Pasu dan SM Sains Tuanku Syed Putra , Perlis ) dah bertolak balik ke utara . Agaknya mereka bermula balik hari Khamis lagi sebab Jumaat dah cuti.

Beruntung  juga ada PRU minggu ni , kalau  tidak kena tunggu cuti sekolah bulan Mei ni baru dapat balik.










2 comments:

  1. Salam Nieda,kedua2 anak atie tak balik cuti PRU ni..masing2 dok asrama jer :)

    ReplyDelete
  2. memang betul........ masa saya nak balik kg, 25 haribulan tanya tiket bas kebanyakkan habis dah utk PRU.. nasib baik saya balik awal

    ReplyDelete