20 June 2013

Umrah 6 - Ladang unta tepi Highway

Cerita hari ini tentang ziarah kedua kami semasa di sana. 
Dalam perjalanan melawat , kami di bawa melawat ke Jabal Thur, Jabar Nur, Jabal Rahmah (semua jabal , jabal bermaksud bukit), Mina , Muzdalifah , Muzium , dan  Ladang Unta.

Jabal Rahmah , tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa selepas terpisah.
Pertemuan lebih seratus tahun berlaku di sini.
Mustajabnya berdoa untuk bertemu jodoh dan semoga kasih sayang suami isteri berkekalan.

Jabal Thur.
Dari sini kami melihat kelibat 4 orang lelaki sedang mendaki bukit tersebut.


Dalam perjalanan kami melalui Mina.
Kelihatan khemah-khemah putih bagi jemaah haji tinggal di musim haji.
Sekarang ni tak berpenghunilah.



Bas yang membawa kami ke Masjidil Haram dari hotel 
 setiap waktu untuk solat fardu.

Kelihatan di atas bukit tempat kediaman raja-raja dan pembesar negara memasa mereka di Mina.

Setelah itu kami tiba di ladang Unta yang terletak tepi jalan besar . 
Sebab tu saya kata di tepi Highway.

Kalau highway kita penuh dengan pokok-pokok tapi di sana tempat berladang unta pula. 
Ada banyak ladang-ladang di tepi jalan ini.Ladang unta yang kami singgah ini agak meriah sebab bilangan unta yang banyak dan besar-besar.

kami diberitahu unta jantan terpaksa diasingkan dengan kumpulan unta betina disebabkan tenaganya yang luar biasa yang boleh sekali kahwin (cakap berlapik)dengan 25 ekor unta betina dalam satu -satu masa.


Dengan makcik serombongan

Nak juga buat kenangan.
Susu yang ditutup dengan kain. Anak unta tu , tak boleh minum susu 
ikut suka hati dia.

Susu unta ini , untuk dijual.

Memang laku susu unta.

Sebotol 5 riyal .
Botol yang kuning tu air kencing unta.


Beli juga nak rasa....sedap .
Rasa macam susu kotak Magnolia.

Makcik ni minum habis sebotol.
Esoknya demam.
Kalau badan tak tahan itulah kesan dari minum susu unta.
Ada yang demam atau sakit perut.

Dah minum baru bagi tau!
Nasib baik saya tak apa-apa. 
Tapi tak habis pun sebotol setakat nak rasa saja.

Sedang perah susu .

Perah lagi

Gosok-gosok .
Ada isi tu......


Pengalaman di ladang unta ,sesuatu yang menarik bagi kita yang sesekali dapat melihatnya.





6 comments:

  1. Hahahaha..baru saya tahu begitu powernya unta jantan!

    Dan baru juga saya tahu di mana para VVVVVIP menginap masa di Mina..

    ReplyDelete
  2. dasyat unta jantan yeee... 25 ekor sekali tu.. ganazzz..

    panas susu unta ye.. sebab tu badan kita maybe tak tahan..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, dah sampai ke tanah haram ek :)

    ReplyDelete
  4. Susu lembu saya tak minum, tp susu unta entah tertelan ke tidak. Tapi dah sampai sana seharusnya mencuba kan akak :D

    ReplyDelete
  5. kalau dididihkan mungkin makcik tu tak sakit perut kot? heheheh

    ReplyDelete
  6. teringat saya masa beli susu unta tu..mula2 smpai excited..pastu bila nak beli tu tengok dia tuang susu tu pastu kena tangan dia mengalir masuk dalam bekas tu balik..adeh.. saya beli jugak pastu simpan lam peti kt hotel.. ambik masa nak minum sebab teringat pasal tangan tu.. ayah tak bagi beli sebab tak bersih dia ckp..tp last2 sy abeskn jugak sikit2..pejam mata jelah sbb nak jugak rasa..hehehe


    http://akutaksunyi.blogspot.com/2013/06/khasiat-set-set-optimum-shaklee.html

    ReplyDelete