09 July 2013

Kuih Koci Hijau Berinti Kelapa Merah

Panjangnya tajuk!
Mentang-mentang bulan puasa tayang kuih pula.


Kuih koci  kuih kegemaran saya.
Bukan saja kuih koci, kuih yang berasaskan tepung pulut memang saya suka.
Contohnya buah melaka.
Mesti buat terutama untuk juadah berbuka puasa.


Biasa kita makan koci inti kelapa dengan gula merah.
Tapi hari ini rasa nak makan inti warna merah pula.
Jadi kita guna gula putih masak dengan kelapa parut. .

Jangan lupa letak sikit garam supaya terasa lemak.
Kalau gula merah tak payah tambah garam dah.


Selalu orang bungkus kuih koci bentuk tiga segi.....tapi saya bungkus macam ini  saja. 
Cara ini cepat sikit.  Hanya lipat-lipat saja.

Satu lagi petua orang tua, jika guna daun pisang jangan jemur di panas matahari untuk melembutkan daunnya   
tapi layur atas api sahaja bagi mengelakkan kuih koci kita  tidak melekat pada daun.

Tapi suami saya tak suka makan kuih koci yang lembik ini. 
Jadi , saya buatkan juga kuih ketayap berintikan kelapa merah ini.


Selamat berpuasa.







9 comments:

  1. assalam nieda..kalau acik ada letak santan bagi lagi lemak..dah orang negori suka lemak2 kan he he

    ReplyDelete
  2. Sedap tengok, MJ suka kuih koci tok tijah ni (nama yg selalu org sebut bila dengan kuih koci ni..hehee)

    ReplyDelete
  3. Myra , mcm mana nak tinggal komen kat blog Myra ?

    ReplyDelete
  4. salam Nieda,..kuih koci mmg sedap tp tang nk membuatnya tu yg lomahhhhh :).Slmt berpuasa...



    p/s:Atie ada menjual kuih btg buruk & mini popia..Jemput singgh.

    ReplyDelete
  5. kite sama! kite pun memang suka kuih yang buat dengan tepung pulut nih. nyummm!

    ReplyDelete
  6. Nieda, saya serupa ngan acik Erna.. letak santan bagi lemak lagi... saya suka kuih koci pulut hitam.

    ReplyDelete
  7. Oh nekcik boleh geng ngan suami nieda sbb nekcik tak gemo koci.klau ketayap tak tolak!!! He..he

    ReplyDelete
  8. nekcik , dah dpt email saya ke?

    ReplyDelete