28 August 2013

DAFTAR HAJI


Hari ini ke Tabung Haji simpan duit raya yang dapat.
Semua anak-anak dah ada buku simpanan masing-masing termasuklah si kecik Shauqi.

Selain duit raya , kami buat potongan gaji setiap bulan masuk ke akaun anak-anak. Tak banyak potongan bagi setiap sorang , tapi lama-lama terhimpun banyaklah nanti.

 Terlanjur sambil simpan duit raya , saya juga daftarkan haji sorang anak yang belum berdaftar.
Hati mak ini asyik teringat-ingat anak yang sorang ini tak didaftarkan lagi. Padahal 4 anak yang lain dah selamat berdaftar .

Bukan bermaksud nak pergi haji dalam masa terdekat ini, tapi duit simpanan dah cukup syarat , baiklah daftarkan saja.

Masa anak-anak yang lain mendaftar , dia tak mahu ikut.
Merajuklah ....macam-macam hal masa tu.
Kena tinggal di rumahlah jawapnya .

Tapi rupa-rupanya , tak payah bawa orangnya sekali pun tak apa.
Namun syaratnya RM 1500 mesti ada dalam akaun bolehlah mendaftar haji.


Yang tercicir

Hari ini semua anak mak dah daftar haji.


Termasuk yang kecik ini.

 Pendaftaran  haji Ahmad Aiman Wafi hari ini, tahun hajinya ialah 2064 nanti.
Orang yang masih muda tak ada  masalah , kalau orang tua macam manalah nak menunggu
gilirannya tiba.




7 comments:

  1. Bagus nieda semua anak dah didaftarkan

    ReplyDelete
  2. Syabas Nieda. Bertuah lah anak2 dapat mak macam ni.

    ReplyDelete
  3. Masih ramai yg tak tahu/faham konsep pendaftaran haji ni...Ramai yg sangka, kalau dah buka akaun tu, kira OK lah tu...Saya rasa pihak TH kena uar uar kan dgn lebih meluaskan tentang nilai minima utk pendaftaran, dan pentingnya mendaftar cepat cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada org simpan 1 juta tapi belum daftar haji.

      Delete
    2. betul tu nieda.. beberapa bulan lepas baru bersembang dgn boss cikda, dia pun lom daftar haji.. (dalam hati cuma kesian je la kan.. dia bukan tak tahu tapi..lom terasa nak mendaftar lagi katanya..)

      Delete
  4. Kak Zai pun masih menunggu giliran yang sepatutnya sudah dipanggil.

    ReplyDelete
  5. asalam Nieda...ibu yang berwawasan!!

    ReplyDelete