31 August 2013

Rumpai laut versi hijau

Rupa-rupanya bila ia kembang penuh sebesen .

Separuh saja dimasak dari jumlah ini.
Itu pun dah muat satu bekas besar.
Boleh tahan sebulan  dua.


Saya tak pernah jumpa rumpai laut yang  berwarna hijau lagi sebelum ini. 
Selalunya warna ungu dan kelabu.

Sudah dua kali saya merebus rumpai laut ini. 
Bila direbus ia akan larut dan menjadi seperti agar-agar.

Rumpai laut ini setelah larut ia berwarna hijau .
Rasanya juga kurang hanyir berbanding warna ungu yang saya buat sebelum ini.

Saya makan 2 kali sehari malam dan pagi kalau tak lupa.
Saya kongsi makan dengan mak.

setelah makan dan mengamalkannya beberapa lama , jeragat di wajah saya juga kian pudar.
Yang kendur pun semakin tegang .....ahww
Selain juga ia dapat menguruskan badan secara semulajadi.

Walaupun ada pendapat yang mengatakan ia bukanlah kolegen tapi hasil nya tetap 
 positif apa salahnya saya mengamalkannya.











12 comments:

  1. Ye ke Nieda...ni testimoni yang boleh dipercayai....nak rebuslah. Ada sekilo dlm fridge..klau nekcik makan boeh ke tegang yg kendur kendur tu ek.da tuek lah...kna makan..jelezzzz ler tengok Nieda shanteeek!!!!!""

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul nekcik.....tak caya kena cuba dulu.
      montok wa cakap lu.....hahahah.

      Delete
  2. ngeri pulak tengok rupanya cam lumut.. saya makan rumpai laut aonori dgn wakame.. buat sup atau salad. hehe..

    ReplyDelete
  3. yg tu akak tak pernah dengar la pula

    ReplyDelete
  4. assalam nieda..acik je yang belum pernah cuba makan rumpai laut ni..tak berapa nak berani sebab ada yang kata ada rasa hanyir..
    rupanya yang hijau tak hanyir ye nieda.
    acik ni teruk sikit..teringin nak hilang kedut dan jeragat..tapi tang nak mencuba tak berani

    ReplyDelete
  5. saya penah amalkan rumpai laut ni. hasil dia memang bagus!! kulit glowing, sakit sendi dah kurang. bagus lah. tapi sekarang dah tak makan sebab malas nak proses. pastu amik yg instant colagen je. kesan sama cuma mahal sikit...kalau rajin proses better rumpai laut tu sebab dia sumber sayuran.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak berapa nak lalu juga. tapi bila ingat tang nak lawa tu telan juga.

      Delete
  6. boleh je buat sendiri , jimat kos.
    untuk nak cepat larut rendam dulu semalaman, sat saja dia dah hancur.
    yg kasar2 tu boleh buat masker muka pula

    ReplyDelete
  7. akak mana akak dapat rumpai tu..lepas tu makan cemana?

    ReplyDelete
  8. macam best aja tapi kak ni tak berani nak cuba..kalau kapsul tu tahan lagilah

    ReplyDelete