01 October 2013

Bila sampai masa

Terkejut tengahari semalam , bila anak lelaki balik dari sekolah menengahnya.
Buka-buka pintu dia bagi tahu ada orang mati di depan sekolahnya. Sekolah menengah ini dekat dengan rumah saya.

Saya pun baru balik dari kerja.

Sapa ? kata saya.
Ayah Izzah ( bekas anak murid saya di RTBK).

Laa.....tak sangka . Padahal masa balik tadi saya potong motor dia yang dia nak pergi ambil anak balik sekolah (Izzah tu la).

Kata dia , bila sampai depan sekolah menengah anaknya dia sempat tongkat motor dan mungkin terus jatuh ke bawah.

Arwah bekas NYDP PIBG sekolah kami. Tahun ini dia melepaskan jawatan tetapi masih lagi menjadi AJK PIBG .

Rupa-rupanya hari ini  sepatutnya dia berjumpa doktor untuk rawatan jantungnya.

Al Fatihah untuk En Zulkipli b Judin.
 Semoga dia diletakkan bersama golongan orang yang beriman.


6 comments:

  1. Al-Fatihah...

    Baru2 ni pun bapa saudara anak2 meninggal dunia kerana serangan jantung sebelum ini dia tak ada masalah tapi bile kena terus koma dan esoknya meninggal.

    ReplyDelete
  2. innalillah.. kalau dah tiba masanya takkan lewat walau sesaat pun..

    ReplyDelete
  3. Inalilahiwainailaijirajiuun...smuga dlm rahmat Allah

    ReplyDelete
  4. alfatihah.
    kpd Nya kita dttg kepadaNya kita pergi

    ReplyDelete