Buat Duit

Sunday, November 3, 2013

Ikan siakap abah



Hari abah memancing di Sungai Petani. Katanya tempat selalu dah kecik-kecik ikannya. Haa.....sekali dia bawa balik hari ini 3 kilo katanya . Tak larat dah siang. Ikan besar tulang pun besar  . Nak bagi putus tu memang hazab sikit.  Sisik dia pun sebesar duit 20 sen pun ada . Merata terbang bila di sagat dengan penyagat sisik ikan. Kalau guna pisau alamatnya bila nak siap kerja.

Blur pula.

Shauqi tak larat nak angkat ikan besar.
Kes kena paksa ni.

Gambar dari Google

Ada paku-paku kecil .
Sangat kuat dan kerja menjadi cepat dan mudah.
Tapi berhati-hati kalau terpijak merana diri.

Sebenarnya , tukang pancing tak makan pun siakap. Kalau masak tengok ja....entahlah dah jemu kut.
Cuma kata orang , ketagih memancing tu tak boleh tahan. Setiap minggu mesti cari siakap.

Nasib baik siakap!



6 comments:

  1. Gigih shauqi nak angkat ikan ni..hehe..masak 3 rasa sdap tu.. :)

    ReplyDelete
  2. nasib baik siakap kan? kalau cari bnda lain tk ke haru ? he he.gurau.

    ReplyDelete
  3. Salam Nieda..kalau nekcik ikan fresh camni..gaul garam kunyit jer goreng...makan saja

    ReplyDelete
  4. makcik pernah diberi ikan siakap laut yang sangatlah besar.....belum pesiang...mak aih...ketuk pisau (n hammer) nak ketulkan isi pun macam nak pengsan....lepas tu ckp ngan anak sedara..." kalau ikan belum siang, besaar.." jangan kasi mak caq lagi..:))

    ReplyDelete